Blog Archives

GIGI PALSU SERTA-MERTA ATAU SEGERA

 

Secara umumnya, masih ramai dikalangan kita yang masih tidak mengetahui mengenai rawatan pergigian yang dipanggil GIGI PALSU SERTA-MERTA atau SEGERA

Apakah itu GIGI PALSU SERTA-MERTA atau SEGERA????
– Gigi palsu yang akan disediakan terlebih dahulu sebelum gigi pesakit dibuang/dicabut. Gigi palsu ini akan diberikan kepada anda pada hari gigi tersebut dicabut.

  1. Acuan akan diambil terlebih dahulu sebelum gigi dicabut.
  2. Proses membuat gigi palsu dijalankan
  3. Gigi kekal akan dicabut manakala gigi palsu telah siap..
  4. Gigi palsu boleh dipakai selepas beberapa jam gigi dicabut

 

KEBAIKAN

– Anda akan terus mendapat gigi palsu selepas cabutan gigi dibuat, akan rasa kurang malu dan lebih konfiden dari segi penampilan, percakapan dan penguyahan terutamanya sekiranya cabutan melibatkan gigi hadapan.

KEBURUKAN
– Gigi palsu akan menjadi sedikit longgar selepas kawasan cabutan sembuh dan mengecut sepenuhnya akan tetapi ia dapat diperbaiki menjadi ketat semula

 

Untuk mengetahui lebih lanjut Tel / Whatsapp :017-8823034

Membaiki gigi palsu / Denture repair

Kami menyediakan perkhidmatan membaiki gigi palsu dan kami boleh membaikinya pada masa yang sama. Jika gigi anda patah pada hari minggu atau cuti umum hanya call atau whatsapp kami untuk mendapatkan temujanji.

We are providing denture repair service on the spot. Do call us or whatsapp even on weekend or public holiday for appointment

H/P: 017-8823034

20140206_162034

Crack Denture

20140206_162833

Before Repair

20140206_162427

After Repair

PROSES MEMBUAT GIGI PALSU

Sekiranya anda tertanya apakah langkah yang perlu dilalui untuk menghasilkan set gigi palsu yang lengkap? Berikut adalah deskripsi ringkas yang boleh memberikan gambaran kepada anda:

Kunjungan pertama – Mengambil acuan gigi atas dan bawah. Acuan ini akan digunakan untuk menyediakan model gigi (sample) untuk merancang dan mereka bentuk (design) gigi palsu yang bersesuaian dengan rangka rahang anda.

Peringkat percubaan – Bagi peringkat  awal, satu  permukaan asas (base) set gigi palsu yang diperbuat daripada lilin akan disediakan untuk dicuba oleh pengguna. Ini adalah bagi memastikan set gigi palsu yang bakal dihasilkan adalah yang paling sempurna dan selesa bagi diri anda!

Peringkat penyudahan – Pelarasan gigi palsu yang telah siap akan dilakukan sehingga anda berasa selesa memakainya. Memastikan pelanggan tidak mengalami sebarang luka akibat pemakaian gigi palsu.

Peringkat rawatan susulan – Kami akan mengesyorkan pakar pergigian yang boleh membantu anda mengekalkan gigi palsu serta gigi asal dalam keadaan yang baik dan sihat.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Telefon bimbit : 017 – 882 3034

MEMBUAT & MEMBAIKI GIGI PALSU

2905gigi-palsu

KEPAKARAN kami adalah membuat gigi palsu berkualiti tinggi dan membaiki gigi palsu yang rosak dalam masa sejam/pada hari yang sama. Kami menerima tempahan dari klinik pergigian di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang.

EXPERT in making dentures that are high in quality and we offer you repairing services for your broken dentures. Repairs can be done in an hour/on the same day. We take orders from dental clinic around Kuala Lumpur and Klang Valley.

Sila hubungi / Please contact:

PAKAR GIGI PALSU / DENTURE PRO

Tel/Whatsapp: +6017 – 882 3034

Email :dentalprolabkl@gmail.com

FB – https://www.facebook.com/denturepro

 

%d bloggers like this: