Category Archives: Jambatan gigi

Kenapa Gigi Kita Bergoyang!!

 

Kenapa gigi kita bergoyang?! Gigi bergoyang adalah masalah yang kerap dihadapi oleh orang ramai dan ramai yang masih tidak mengetahui bahawa gigi yang bergoyang  masih boleh diselamatkan.

Diantara faktor yang menyebabkan gigi bergoyang adalah karang gigi (karies gigi). Masalah Karang Gigi biasanya disebabkan oleh penggunaan berus gigi yang kurang sesuai images (38)seperti berus gigi yang terlalu lembut (soft) atau berus gigi yang terlalu keras (hard). Berus gigi yang terlalu lembut tidak dapat membersihkan semua sisa makanan yang melekat dengan kuat pada pangkal gigi. Ini biasa terjadi disebabkan tidak mempunyai tabiat memberus gigi pada waktu malam sebelum tidur dan hanya memberus gigi sekali dalam sehari. Berus gigi yang keras pula tidak dapat menyelip masuk diantara celah gigi disebabkan ketebalannya.

Karang gigi berkumpul diantara celah gusi dengan gigi sedikit demi sedikit dan masuk ke dalam celah gusi tersebut menyaluti gigi, disebabkan itu gusi tidak lagi dapat memegang gigi dan menjadi longgar. Ramai yang mencabut gigi disebabkan goyang tetapi tidak mengetahui bahawa ia masih boleh diselamatkan, hanya perlu pergi ke klinik gigi dan mendapatkan rawatan scaling. Selepas rawatan scaling biasanya dalam 2 atau 3 minggu gigi akan berhenti bergoyang disebabkan gusi akan memegang gigi semula.

image (1)

Faktor lain adalah masalah gusi, ia boleh disebabkan penggunaan berus gigi yang keras dan gusi yang sensitive. Jika mengunakan berus gigi yang keras boleh mencederakan gusi dan menyebabkan jangkitan (infection). Ia boleh merebak dan menyebabkan gusi membengkak, gigi akan menjadi longgar dan tercabut. Ramai yang tidak memandang serius isu ini sehingga gigi tercabut atau goyang. Ia dapat dihindarkan dengan mendapatkan rawatan awal

Akhir sekali masalah gusi yang disebabkan oleh keturunan  ini tidak dapat dihidarkan, tidak kisah gigi dijaga baik manapun ia akan tercabut sendiri  kerana masalah yang akan dihadapi ialah gusi membengkak atau kecut/jatuh. Jadi pastikan mendapatkan rawatan awal sebelum terlambat.

 

Jambatan Gigi Maryland Atau Maryland Bridge

Satu lagi kaedah untuk menggantikan gigi anda adalah Maryland Bridge. Ianya digunakan sebagai “jambatan” untuk mengisi ruang gigi yang kosong. Prosedur ini melibatkan gigi palsu berlabuh di antara atau dengan gigi asli bersebelahan

Rangkanya mengandungi logam, porselin, emas atau campuran daripada bahan-bahan       ini. Dua buah mahkota (mengikut bentuk gigi) yang dipasang pada kawat besi dan kemudian dipasangkan pada kedua-dua hujung yang kosong.

 

Selain mengembalikan senyuman menawan anda, kaedah Maryland Bridge juga:

  • Lebih murah berbanding kaedah bridge yang lain
  • Mengembalikan semula bentuk fizikal gigi
  • Mengelak masalah gusi ketika saat mengunyah
  • Membantu memiliki tampilan yang lebih natural
  • Tiada masalah gusi  kerana pemasangannya tidak melibat gusi kerana tiada tapak
  • Tidak perlu tanggalkan pada waktu malam sebelum tidur

Untuk mengetahui lebih lanjut Tel / Whatsapp :017-8823034

Laman Facebook: https://www.facebook.com/denturepro/

%d bloggers like this: