Monthly Archives: February 2016

Jambatan Gigi Maryland Atau Maryland Bridge

Satu lagi kaedah untuk menggantikan gigi anda adalah Maryland Bridge. Ianya digunakan sebagai “jambatan” untuk mengisi ruang gigi yang kosong. Prosedur ini melibatkan gigi palsu berlabuh di antara atau dengan gigi asli bersebelahan

Rangkanya mengandungi logam, porselin, emas atau campuran daripada bahan-bahan       ini. Dua buah mahkota (mengikut bentuk gigi) yang dipasang pada kawat besi dan kemudian dipasangkan pada kedua-dua hujung yang kosong.

 

Selain mengembalikan senyuman menawan anda, kaedah Maryland Bridge juga:

  • Lebih murah berbanding kaedah bridge yang lain
  • Mengembalikan semula bentuk fizikal gigi
  • Mengelak masalah gusi ketika saat mengunyah
  • Membantu memiliki tampilan yang lebih natural
  • Tiada masalah gusi  kerana pemasangannya tidak melibat gusi kerana tiada tapak
  • Tidak perlu tanggalkan pada waktu malam sebelum tidur

Untuk mengetahui lebih lanjut Tel / Whatsapp :017-8823034

Laman Facebook: https://www.facebook.com/denturepro/

Advertisements

Crown ataupun Mahkota Gigi Tiruan

images (17)

Gigi kekal yang telah siap dibetuk dah Gigi crown yang telah disiapkan

 

Crown ataupun Mahkota Gigi Tiruan gigi yang dipasang pada gigi yang belum dicabut tetapi telah rosak dan tidak dapat dibaiki atau pecah. Tetapi akar gigi mestilah masih hidup dan kuat.canstockphoto10182826-300x240

Crown ataupun Mahkota Gigi Tiruan diperbuat daripada Porselain dan ia lebih tahan dan mudah sebab tidak perlu ditanggalkan semasa tidur, ia disemen dengan gigi kekal yang telah diasah dan gigi palsu acrylic yang memakan masa untuk menyesuaikan pemakaianya.

 

12717918_1239538632727568_3831595848735188862_n

Pemprosesan Pemasangan Crown Ataupun Mahkota Gigi Palsu

 

Video dibawah ini menunjukkan proses menyediakan gigi kekal sebelum menyediakan Crown 

 

Jika berminat untuk mendapatkan gigi Crown untuk mengantikan gigi anda yang rosak atau untuk mengetahui lebih lanjut, call atau whatsapp 017-8823034

Jenis-Jenis Gigi Palsu

Gigi  kita memang satu harta yang tidak ternilai harganya kerana jika sudah tiada gigi, nikmat untuk makan akan hilang. Tidak boleh lagi nak memakan makanan yang biasanya di makan ketika masih banyak gigi lagi. Tetapi teknologi sekarang telah makin maju, gigi yang tiada masih boleh digantikan dengan gigi palsu. Tetapi gigi palsu memang tidak akan sama rasanya seperti gigi yang asli tetapi bolehlah digunakan untuk mengunyah makanan.

Terdapat bermacam-macam jenis gigi palsu yang boleh dibuat. Semua ini bergantung kepada bajet seseorang. Tentulah gigi palsu yang paling bagus harganya paling mahal. Di sini saya akan ceritakan tentang jenis-jenis gigi palsu yang ada dan juga proses rawatannya.

BAJET TERHAD

Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, gigi palsu plastik adalah pilihan yang paling tepat.
Gigi palsu ini boleh menggantikan dari sebatang gigi sehingga berapa banyak gigi pun boleh.

1dentures

kebaikan :
-murah
-tidak perlu membuat apa-apa perubahan kepada gigi lain
– boleh digunakan untuk menguyah makanan tetapi makanan yang liat susah juga untuk putus.
-Jika kena warna dan bentuknya, boleh nampak macam gigi betul

keburukan:
– ia dibuat dari plastik jadi jika jatuh boleh patah
-kena buka pada waktu malam dan direndam dalam air
– tapaknya besar jadi tidak selesa semasa mula memakainya tetapi jika sudah biasa tidak menjadi masalah
– Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, boleh merosakkan gigi bersebelahan

Proses pembuatan
-boleh dibuat seawal sehari selepas pencabutan gigi ( tetapi boleh menjadi longgar jika gusi tersebut mengecut). Sebaiknya dibuat selepas gusi menjadi rata ( selalunya lebih kurang sebulan selepas pencabutan gigi. Ada yang lagi cepat dan ada yang lagi lambat)
– Pada temujanji pertama, acuan akan diambil untuk membuat model gigi. Proses ini memang kurang selesa sikit kerana ada benda melekit yang akan melekat pada gigi atas dan kemudian gigi bawah. Kena tunggu dalam 1-2 minit untuk benda melekit ini keras dan barulah akan ditanggalkan dari gigi anda. Gigitan anda akan diambil dengan cara menggigit sekeping lilin lembut. Kemudian warna gigi anda akan diambil.
– Jika gigi yang hendak diganti tidak banyak, dan anda mempunyai gigitan gigi yang stabil, maka gigi palsu anda boleh dapat pada temujanji kedua ( biasanya dalam seminggu, tapi jika gigi sedikit boleh diambil seawal 3 hari dan kena bayar lebih sedikit pada lab).
– Jika gigi yang hendak diganti itu banyak ( >5) ataupun gigitan anda tidak stabil, maka anda perlu datang pada temujanji kedua untuk mengambil gigitan. Kemudian temujanji ketiga untuk mencuba gigi palsu itu. Jika anda puas hati, maka pada temujanji keempat anda boleh mendapat gigi anda.

BAJET LEBIH SIKIT

1. Gigi palsu bertapak besi (chrome)

Bentuknya sama dengan gigi palsu plastik tetapi tapaknya dibuat dari besi.Boleh menggantikan sebatang gigi hingga sebanyak mana yang dikehendaki

risk-management-education-26-02

Kebaikan
– lebih selesa berbanding yang plastik kerana tapaknya lebih kecil dan nipis
-jika jatuh tidak mudah patah

keburukan
– mempunyai cangkuk yang kadangkalanya nampak semasa senyum
-mahal sikit dari yang plastik , biasanya harga gigi palsu plastik +150 hingga 600

Proses Pembuatan

– Seperti gigi palsu plastik, temujanji pertama untuk pengambilan acuan gigi, warna dan juga gigitan ( jika mempunyai gigitan stabil )
– Temujanji kedua untuk mencuba tapak besi beserta gigi.Jika tidak mempunyai gigitan yang stabil, semasa temujanji ni doktor akan mengambil gigitan anda.
– Temujanji ketiga boleh mendapat gigi anda. Ada pesakit yang mencuba tapak besi beserta gigi pada temujanji ini dan pada temujanji keempat mendapat gigi ( terutama kepada pesakit yang tidak mempunyai gigitan yang stabil)

2.Valplast

Tapak gigi ini dibuat dari bahan yang elastik. ini dibuat dari bahan elastic. Valplast dibuat mengunakan sistem injection.

valplast

Kebaikan
– Tidak mudah patah jika terjatuh disebab elastic
– Tidak memerlukan cangkuk besi

Keburukan
-Valplast lambat laun warnanya akan luntur dan menjadi kekuningan jika tidak dijaga dengan elok.

Proses Pembuatan

– Seperti gigi palsu plastik, temujanji pertama untuk pengambilan acuan gigi, warna dan juga gigitan
– Temujanji kedua untuk mencuba tapak lilin yang telah disusun gigi .Jika tidak mempunyai gigitan yang stabil, semasa temujanji ni doktor akan mengambil gigitan anda.
– Temujanji ketiga boleh mendapat gigi anda.

3.Bridge

Ada org kata tanam gigi. Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu.

82_missing-teeth-fixed-partial-denture_originalimages (15)

Kebaikan
– sangat selesa, tidak terasa seperti gigi tiruan
– warna gigi sangat lawa dan berkilat seperti gigi asli kerana diperbuat dari porselin
– tidak perlu dicabut

Keburukan
– kena kecilkan gigi bersebelahan
-harganya agak mahal . Biasanya Rm450 ke atas ( bergantung pada klinik yang anda pergi) sebatang. Jadi jika nak gantikan 1 batang gigi, kena campur 2 gigi bersebelahan = 3 batang. Jika nak ganti 2 batang gigi , campur 2 gigi bersebelahan = 4 batang dan seterusnya. Jadi harga bridge biasanya dalam RM1350 ke atas.
– Jika gigi bersebelahan yang menjadi pegangan bridge goyang, bridge boleh tanggal.
-Kena floss dibawah bridge setiap hari untuk memastikan gusi sihat, jika tidak gigi bersebelahan boleh menjadi rosak.

Proses Pembuatan
– Temujanji pertama biasanya agak lama sedikit, lebih kurang satu jam. Warna gigi akan diambil, kemudian acuan gigi diambil. Gigi bersebelahan akan dikecilkan dan acuan gigi baru diambil. Gigi sementara akan disarungkan pada gigi-gigi yang dikecilkan.
– temujanji kedua, bridge boleh disimenkan. Biasanya mengambil masa seminggu sehingga 10 hari bergantung kepada lab.

BAJET BANYAK
– jika mempunyai puluhan ribu ringgit untuk dilaburkan kepada rawatan gigi, maka implantlah pilihan terbaik.
– paling sesuai untuk menggantikan sebatang gigi yang tiada atau pun sebagai pegangan gigi palsu penuh bawah.
– sejenis skru yang dibuat dari titanium akan dibenamkan kedalam tulang dan kemudian akan disambungkan dengan crown ( harganya lain dengan harga implan)

images (16)download (1)fixed partial denture

kebaikan
– selesa.
– tiada gigi yang dikecilkan
– tulang akan terpelihara, tidak akan menjadi lebih kecil
– gigi palsu bawah tidak akan bergerak-gerak dan longgar, jadi amat selesa memakainya

keburukan
-harganya mahal dalam RM5000 satu skru. Ada jenis mini implant yang murah lagi dari implant biasa tetapi ia tidak sebagus implan biasa.
– tidak semua org sesuai untuk membuat implan. Tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal.
– proses yang agak lama untuk memastikan skru melekat dengan betul pada tulang.
– jika tulang tidak memegang implan, maka implan akan longgar dan tercabut.

Biasanya implan dibuat oleh mereka yang pakar membuatnya. Tidak semua doktor gigi boleh membuatnya. Selepas implant di masukkan ke dalam tulang, ia mengambil masa 6-9 bulan untuk bercantum sepenuhnya dengan tulang. Selepas implant sudah kukuh, barulah proses pembuatan crown akan dilakukan. Proses pembuatannya memang agak rumit.Secara amnya, gusi akan dibedah supaya boleh nampak tulang. Kemudian implan akan di skru ke tulang dan gusi ditutup semula. Pesakit kena datang beberapa kali untuk memastikan implan itu melekat dengan tulang.

Diharap sedikit sebanyak anda semua mendapat gambaran, bagaimana nak menggantikan gigi yang telah tiada. Tapi ingatlah, gigi yang dikurniakan oleh Allah tidak akan sama dengan sebaik manapun gigi palsu atau semahal manapun gigi palsu. Jadi, jagalah gigi anda supaya anda boleh makan dengan rasa nikmat…

sumber:http://gempakz.org and drLeen

%d bloggers like this: